[GAMBAR] EKSKLUSIF, INILAH ANAK LELAKI AZHAR SULAIMAN, ANDIKA REES YANG PERNAH DITAMPAR OLEH CIKGU SATU KETIKA DULU! WOW..KACAK MACAM HERO REMAJA!

Sebelum ini, memang agak jarang aktor versatil, Azhar Sulaiman nak tayang wajah anak-anaknya kan? Bagaimanapun secara eksklusif, pelakon filem Trauma itu muncul bersama anak lelakinya, yang dikenali sebagai Andika Rees bergandingan sebagai hos menerusi sebuah program travelog berjudul Bye-Bye Mama.

Program 13 episod arahan Yusmal Ghazali itu bakal memaparkan dua beranak ini berkunjung ke beberapa buah lokasi eko dan agro pelancongan seluruh Malaysia bagi menikmati keindahan alam selain mengikuti beberapa siri cabaran ekstrem yang disediakan pihak produksi!

Lebih menarik, sesi temu bual yang dilakukan secara realiti juga khabarnya akan turut dimuatkan sebagai pelengkap setiap episod.

MH difahamkan, rancangan Bye-Bye Mama terbitan produksi Open Echo Communications itu akan disiarkan pada petengahan tahun ini di RTM. Tak sabarnya nak tonton apakah gelagat spontan mereka berdua nanti.

Jom usha beberapa gambar sekitar penggambaran Bye-Bye Mama ni. Hmm… nampak macam best kan? Untunglah!!!

 

Foto: Open Echo Communications

Kisah terdahulu yang ditampar..

Screen Shot 2014-06-23 at 11.51.52 PM

Ibu bapa mana yang tak ‘naik hantu’ kalau anak yang ditatang bagai minyak yang penuh dikatakan telah ditampar oleh guru sekolahnya sebanyak 10 kali.

Itulah yang dialami oleh pelakon senior yang kini agak senyap dalam industri, Azhar Sulaiman yang baru-baru ini memuatnaik status yang mendakwa bahawa anak lelakinya, Andika Rees telah ditampar guru di sekolah.

Tidak dapat membendung kemarahannya, Azhar juga mengatakan bahawa dia mahu bertemu dengan guru terbabit malah akan mencari sampai ke rumah jika guru tersebut bercuti.

Screen Shot 2014-06-23 at 11.35.09 PM

Status berang Azhar Sulaiman

Namun, status tersebut telah pun dipadam oleh Azhar apabila ianya menerima pelbagai respon daripada para peminat. Pada pendapat kami, walau apapun jenis kesalahan yang dilakukan oleh anaknya, tidak seharusnya guru tersebut menggunakan kekerasan yang sedemikian. Lebih-lebih lagi katanya ditampar sampai 10 kali.

Tidak salah mendidik, namun haruslah berpada-pada. Lebih elok jika perkara tersebut dirujuk kepada ibu bapanya terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan. Setuju tak?

sumber Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *